
Umum
06 September 2018
# Topik
Ikuti Saya
Umum
Conference for Government ICT Officers of Malaysia (ConFIG) 2018
06 September 2018
Alhamdulillah, pagi tadi saya telah menghadiri dan berpeluang menjadi salah seorang panelis di dalam Persidangan ConFIG Malaysia 2018 yang berlangsung di MaGIC, Cyberjaya. Untuk yang belum tahu, ConFIG ni ialah singkatan kepada Conference for Government ICT Officers of Malaysia, dan tahun 2018 punya edisi memang menarik dengan pelbagai sesi perkongsian daripada pemain ICT sektor awam seluruh Malaysia.
Saya dijemput untuk berkongsi dalam slot forum bertajuk “Etika Pembangunan Portal/Laman Web”, bersama dua lagi panel hebat iaitu Encik Muzamir Mokhtar dari RTM dan Puan Hezrizah Othman dari PKNS. Kami bertiga kupas topik ini dari pelbagai sudut, dan saya nak kongsi semula ringkasan perkongsian yang saya kongsikan dalam sesi tersebut.
Sebelum tu, ConFIG Malaysia ialah platform persidangan yang diwujudkan bagi menyokong usaha kerajaan dalam mempercepatkan transformasi digital sektor awam. Ia memberi ruang kepada pegawai ICT untuk memperkenalkan teknologi baharu, berkongsi pengetahuan dan pengalaman, membincangkan cabaran serta amalan terbaik dalam pembangunan ICT, selain menggalakkan kolaborasi antara agensi melalui forum dan sesi interaktif.
Tambahan pula, Joomla! ada komuniti sokongan yang aktif, senang nak cari solusi bila ada masalah. Ia juga mesra pengguna, sangat sesuai untuk portal yang ada ramai editor dan pegawai yang perlu akses untuk kemas kini kandungan. Bonus besar: sokongan multilanguage, dan memang banyak extension dan plugin disediakan.
Isu keselamatan pun tak boleh diambil ringan. Kita perlu lindungi laman kita daripada serangan biasa macam SQL injection, DDoS, atau skrip hasad lain. Dan jangan lupa guna tools seperti Google Analytics untuk pantau tingkah laku pengguna - dari jenis peranti yang digunakan, lokasi pengguna, hingga ke halaman mana yang paling popular.
Lagi satu cabaran: masa untuk kemas kini kandungan - kadang-kadang memang susah nak konsisten, jadi kena ada jadual kerja yang realistik.
Kalau anda pengurus laman web agensi kerajaan, atau baru nak mula terlibat dalam bidang ni - semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat bantu beri perspektif dan idea.
Saya dijemput untuk berkongsi dalam slot forum bertajuk “Etika Pembangunan Portal/Laman Web”, bersama dua lagi panel hebat iaitu Encik Muzamir Mokhtar dari RTM dan Puan Hezrizah Othman dari PKNS. Kami bertiga kupas topik ini dari pelbagai sudut, dan saya nak kongsi semula ringkasan perkongsian yang saya kongsikan dalam sesi tersebut.
Sebelum tu, ConFIG Malaysia ialah platform persidangan yang diwujudkan bagi menyokong usaha kerajaan dalam mempercepatkan transformasi digital sektor awam. Ia memberi ruang kepada pegawai ICT untuk memperkenalkan teknologi baharu, berkongsi pengetahuan dan pengalaman, membincangkan cabaran serta amalan terbaik dalam pembangunan ICT, selain menggalakkan kolaborasi antara agensi melalui forum dan sesi interaktif.
Kenapa Joomla?
Saya mulakan sesi dengan berkongsi tentang teknologi yang biasa saya guna bila bangunkan portal kerajaan. Ya, saya tahu ada banyak CMS kat luar sana, tapi saya tetap pilih Joomla!. Kenapa? Sebab ia open source, percuma, dan yang paling penting, majoriti portal kerajaan Malaysia guna platform ni, jadi lebih mudah kalau nak cari rujukan atau penyelesaian.Tambahan pula, Joomla! ada komuniti sokongan yang aktif, senang nak cari solusi bila ada masalah. Ia juga mesra pengguna, sangat sesuai untuk portal yang ada ramai editor dan pegawai yang perlu akses untuk kemas kini kandungan. Bonus besar: sokongan multilanguage, dan memang banyak extension dan plugin disediakan.
Fokus Apa Bila Bangunkan Portal?
Saya tekankan bahawa bila kita bangunkan portal, kita tak boleh pisahkan antara reka bentuk antaramuka (UI), pengalaman pengguna (UX) dan kandungan. Ketiga-tiga elemen ni sangat berkait rapat. Kalau satu lemah, rosak semua.Isu keselamatan pun tak boleh diambil ringan. Kita perlu lindungi laman kita daripada serangan biasa macam SQL injection, DDoS, atau skrip hasad lain. Dan jangan lupa guna tools seperti Google Analytics untuk pantau tingkah laku pengguna - dari jenis peranti yang digunakan, lokasi pengguna, hingga ke halaman mana yang paling popular.
Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Portal
Antara amalan yang saya tekankan:- Sentiasa rujuk garis panduan MAMPU, bukan buat sesuka hati.
- Banding dengan portal kerajaan lain yang buat kerja lebih kurang sama - banyak yang boleh kita belajar dari situ.
- Yang paling penting: backup secara konsisten, dan cuba restore sekali-sekala untuk pastikan ia betul-betul berfungsi bila diperlukan.
Plugin & Extension Yang Sangat Berguna
Saya kongsikan beberapa tools dan extension yang saya rasa wajib ada:- RS Firewall - power betul plugin ni. Boleh lindungi halaman admin, cegah serangan, buat hardening sistem, pantau aktiviti mencurigakan, dan block IP ikut negara. Siap boleh hantar alert melalui e-mel kalau ada cubaan hack.
- Joomla! Web Builder - contohnya YooTheme Pro, sangat sesuai untuk pembangunan visual dengan ciri drag-and-drop.
- Waktu solat JAKIM
- Pop-up pengumuman penting
- Carian direktori pegawai
Cabaran Di Sebalik Tabir
Dari luar, orang nampak macam kerja pembangunan web ni smooth saja - tapi realitinya, cabaran tetap ada. Kadang-kadang baru duduk depan PC, bos dah panggil meeting. Atau pening kepala cari gambar berkualiti, sebab tak boleh guna gambar rawak dari Google. Nasib baik ada stok foto dari TM yang boleh bantu.Lagi satu cabaran: masa untuk kemas kini kandungan - kadang-kadang memang susah nak konsisten, jadi kena ada jadual kerja yang realistik.
Pesanan Ikhlas Buat Pegawai ICT
Saya tinggalkan sesi dengan beberapa saranan untuk rakan-rakan ICT yang urus portal:- Backup, backup, backup - tak kisah guna apa, asalkan konsisten dan boleh restore.
- Jangan statik, sentiasa belajar dan ikuti perkembangan teknologi.
- Sebaiknya, buat pembangunan dalam server tempatan dulu. Bila dah siap dan stabil, baru migrate ke live server atau cPanel.
Kalau anda pengurus laman web agensi kerajaan, atau baru nak mula terlibat dalam bidang ni - semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat bantu beri perspektif dan idea.