Accessibility Tools

Skip to main content

Joomla! Plugin - MyGov Checker

Pengenalan

Menguruskan portal rasmi kerajaan (.gov.my) memerlukan tahap keyakinan awam dan keselamatan yang tinggi. Bagi membantu agensi membendung isu pautan palsu (phishing) dan meningkatkan integriti, kami membangunkan AIEAC MyGov Checker, sebuah plugin Joomla percuma.

Plugin ini berfungsi memaparkan banner pengesahan rasmi di bahagian teratas laman web secara automatik bagi mendidik pengguna mengenai pengesahan domain dan sambungan HTTPS.

Ciri-Ciri Utama

  • Force to Top Position
    Plugin ini menyuntik banner secara automatik tepat di bawah tag <body>. Ia bebas daripada kebergantungan pada module position mana-mana template.
  • Lightweight & Optimized
    Tiada pemuatan (loading) gambar atau skrip dari pautan luar. Semua ikon SVG disepadukan secara inline untuk menjamin kelajuan maksimum.
  • Compact UI Design
    Menggunakan rekaan accordion berasaskan CSS Grid. Banner ini menolak kandungan asal ke bawah dengan kemas apabila dibuka, tanpa menindih (overlap) header utama website anda.
  • Multilingual Support
    Dilengkapi fail terjemahan ms-MY dan en-GB. Paparan teks akan bertukar secara automatik mengikut tetapan bahasa frontend pelawat.
  • Mobile Visibility Control
    Parameter khas disediakan di ruangan backend untuk memberi anda pilihan sama ada mahu memaparkan atau menyembunyikan banner ini pada skrin mobile.
Joomla! Plugin - MyGov Checker
  • Version
    1.0.0
  • Release Date
    14 April 2026
  • Pricing
    Free
  • Compatible with
    Joomla! 6 Joomla! 5 Joomla! 4

Panduan Pemasangan

  1. Muat turun fail .zip plugin di pautan yang disediakan.
  2. Log masuk ke ruang Joomla Administrator.
  3. Navigasi ke System > Install > Extensions dan muat naik fail .zip tersebut.
  4. Pergi ke bahagian System > Plugins dan buat carian untuk System - AIEAC MyGov Checker.
  5. Tukar status plugin kepada Enabled dan klik Save.