Accessibility Tools

Skip to main content
YOOtheme Expert
Joomla!

YOOtheme Expert

27 April 2023
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Hari ini saya secara rasminya telah disenaraikan sebagai salah seorang YOOtheme Pro Expert di laman rasmi YOOtheme. Ini satu penghargaan besar dan cukup bermakna buat saya secara peribadi, selepas lebih satu dekad setia dan konsisten menggunakan produk daripada YOOtheme.

Kalau nak diimbas balik, saya mula guna tema-tema daripada YOOtheme sejak tahun 2009 lagi. Waktu tu, sistem mereka masih menggunakan Warp Framework - struktur yang ringan, fleksibel dan pada masa tu, dah kira ‘advanced’ berbanding pesaing lain. Dari situlah saya mula jatuh cinta dengan pendekatan reka bentuk dan struktur tema yang dibangunkan oleh pasukan YOOtheme.

Kemudian mereka perkenalkan UIkit - satu framework CSS dan JavaScript yang tersangat bersih, moden dan responsif. Saya terus adaptasikan dalam banyak projek. Lepas tu muncul pula ZOO Application, satu sistem pengurusan kandungan (content construction kit) yang sangat powerful untuk Joomla!, dan sampai sekarang masih saya gunakan untuk projek tertentu.

Dan sekarang, kemuncaknya ialah YOOtheme Pro Page Builder - yang saya anggap sebagai gabungan terbaik dari segi reka bentuk visual dan pengurusan kandungan. Ia bukan saja cantik dan ‘sleek’, tapi sangat stabil, ringan, dan modular. Nak bina laman web tak perlu lagi pening kepala fikir kod HTML atau CSS - semuanya boleh diurus dengan sistem drag-and-drop yang sangat intuitif.

YOOtheme Pro juga bukan setakat untuk Joomla!, tapi turut menyokong WordPress, jadi lebih ramai pengguna boleh manfaatkan teknologi dan design language mereka yang konsisten, profesional dan scalable.

Jadi, penyertaan saya sebagai salah seorang YOOtheme Pro Expert bukan sekadar satu gelaran - ia adalah pengiktirafan atas pengalaman dan komitmen sejak lebih 15 tahun dalam membina laman web dengan teknologi YOOtheme. Dan insya-Allah, saya akan terus kongsikan ilmu, tips dan projek-projek menarik berkaitan YOOtheme dari semasa ke semasa.

Screenshot 2023 04 27 at 12.33.05 PM