Accessibility Tools

Skip to main content
Migrasi dari Joomla 3 dan 4 ke Joomla 5
Joomla!

Migrasi dari Joomla 3 dan 4 ke Joomla 5

04 April 2024

Kenapa perlu naik taraf dari Joomla 3?

Joomla 3 dah sampai penghujung hayatnya - maksudnya tiada lagi update atau pembaikan dari team Joomla. Bila tak ada update, website korang jadi lebih senang kena serang atau ada masalah teknikal. Kalau terus guna Joomla 3, korang juga akan terlepas semua benda best dari Joomla 4 dan 5 - ciri baru, lebih selamat, laju, dan mesra pengguna. Lagi satu, extension dan template sekarang lebih banyak dibuat untuk versi terbaru, jadi Joomla 3 makin lama makin kurang serasi dan sukar nak maintain. Lagi lama korang tunggu, lagi susah nak naik taraf nanti.

Apa itu Joomla?

Joomla ni satu sistem pengurusan kandungan (Content Management System - CMS) yang power dan fleksibel. Sejak 2005, ramai developer guna Joomla untuk bina blog, website syarikat, dan macam-macam jenis laman web. Ia open-source, jadi korang boleh kawal sepenuhnya website sendiri - dari design sampai ke fungsi.

Kenapa kena sentiasa update Joomla?

Update Joomla ni penting sebab:
  • Elak masalah sekuriti
  • Bagi website jalan laju
  • Sesuai dengan teknologi baru
  • Dapat semua ciri terbaru
  • Dapat sokongan dari komuniti Joomla

Kenapa migrate ke Joomla 5?

Beberapa sebab kuat:
  • Fungsi baru - Lebih banyak tools dan kebolehan
  • Sekuriti lebih baik - Lindungi dari serangan
  • Laju & mesra pengguna - Lebih responsif
  • Masa depan terjamin - Serasi dengan teknologi terkini
  • Komuniti aktif - Mudah dapat bantuan dan sumber

Ciri Baru dalam Joomla 5

  • Antaramuka admin lebih moden & mudah
  • Aksesibiliti lebih baik untuk semua pengguna
  • Paparan responsif untuk semua saiz skrin
  • SEO lebih mantap - senang naik rank
  • Media Manager baru - mudah urus gambar & fail
  • Editor & content creation lebih lancar
  • Sekuriti lebih ketat
  • Pilihan customize lebih fleksibel

Risiko kalau tak migrate

  • Website lebih mudah digodam
  • Tak serasi dengan extension baru
  • Website jadi perlahan
  • Tak ada sokongan dari komuniti Joomla

Sebelum Mula Migrasi

  1. Update dulu website ke Joomla 3.x versi paling latest
  2. Pastikan PHP sekurang-kurangnya versi 7.5
  3. Semak extension & template - boleh guna dengan Joomla 4 atau tidak
  4. Buat salinan (copy site) dan test migrate kat situ dulu, jangan terus buat kat website sebenar

Proses Migrasi: Dari Joomla 3 ke Joomla 4

  1. Guna migration tool yang ada dalam Joomla.
  2. Masuk admin panel → klik Update di dashboard.
  3. Klik Options → Tukar Update Channel ke Joomla NextSave.
  4. Akan keluar versi Joomla 4 terbaru.
  5. Klik tab Pre-Update Check → Pastikan semua compatible.
  6. Lepas tu, klik Live Update, tick checkbox untuk teruskan, dan tekan Install the Update.
  7. Tunggu beberapa minit - siap!

Proses Naik Taraf: Dari Joomla 4 ke Joomla 5

Upgrade dari Joomla 4.4.x ke Joomla 5 bukan migration, cuma upgrade biasa je.
  1. Pastikan semua extension dah update dan compatible.
  2. Hosting perlu support:
    • PHP 8.1
    • MySQL 8.0.13 / MariaDB 10.4.x
    • PostgreSQL 12.0
  3. Pergi ke System → Update → Joomla
  4. Klik Options → Tukar Update Channel ke Joomla Next → Save & Close.
  5. Kalau server korang OK, akan nampak menu untuk semak sistem dan extension.
  6. Bila semua ready, klik Update, confirm backup, dan proses akan berjalan.
  7. Siap je, korang akan nampak mesej "Your site has been updated".

Tentang Backward Compatibility Plugin

Plugin ni bantu extension lama terus berfungsi dalam Joomla 5. Kalau upgrade dari J4 ke J5, plugin ni akan auto aktif. Kalau install Joomla 5 baru, ia juga diaktifkan secara default.

Nak yang lebih detail atau tutorial step-by-step, boleh rujuk tutorial rasmi dari Joomla.