
Jom! Kemaskini Joomla 5.3
Team Joomla dengan bangganya umumkan pelancaran Joomla 5.3, versi terbaru dalam siri Joomla 5.
Keluaran kali ni lebih kepada penambahbaikan yang bantu jadikan pengalaman guna CMS ni lebih lancar dan mesra pengguna. Dari cara fail diuruskan, sistem log untuk tugas automatik, emel yang lebih fleksibel, sampai ke aspek accessibility - semuanya ditambah baik untuk bantu admin dan developer urus website dengan lebih mudah, moden, dan selamat.
Apa yang baru dalam Joomla 5.3?
HTML Email Templates - Lebih Fleksibel
Sekarang, paparan template untuk emel boleh akses parameter template, jadi kita boleh customize mesej emel dengan lebih baik.
PR #44896 | Rujuk Dokumentasi
Media File Management Yang Lebih Teratur
Ada folder baru bernama files dalam Media Manager - sesuai untuk simpan fail bukan imej macam PDF, dokumen dan lain-lain, asing dari gambar.
PR #43532 | Rujuk Dokumentasi
Scheduled Tasks - Ada Log Sejarah
Sekarang kita boleh tengok log penuh untuk setiap tugasan automatik yang dah dijalankan. Senang nak semak dan troubleshoot kalau ada masalah.
PR #43532 | Rujuk Dokumentasi
Pilihan untuk Link "Read More"
Ada setting baru yang benarkan kita pilih nak tunjuk atau sembunyikan tajuk artikel dalam link "Read More".
PR #43457
Accessibility Yang Lebih Baik
Ikon dalam komponen Contact sekarang dah mesra screen reader, jadi lebih mudah diakses untuk semua orang.
PR #44523
Routing Lebih Kemas & Mesra SEO
Pengendalian tag aliases, SEF URLs, dan pengesanan tainted URLs sekarang lebih baik. Link laman jadi lebih konsisten dan friendly untuk search engine.
PR #44515, PR #44477, PR #43992
Modern Plugin Events
Joomla terus upgrade dengan guna typed event classes dalam core plugins. Ini bantu jadikan kod lebih jelas dan senang untuk developer.
PR #43426, PR #43637
WebAsset API Digalakkan
Kaedah lama macam HTMLHelper::script()
dan HTMLHelper::stylesheet()
dah tak digalakkan. Sekarang Joomla sarankan guna WebAsset API.
PR #43396
Sedia untuk PHP 8.4
Joomla 5.3 dah buat penyesuaian penting supaya serasi dengan versi PHP 8.4. Jadi, website anda ready untuk masa depan!
PR #45257, PR #45255
Jom Cuba Joomla 5.3 Sekarang! Nak rasa sendiri apa yang baru?