Accessibility Tools

Skip to main content
Joomla 6.0 dan Joomla 5.4 Kini Dilancarkan!
Joomla!

Joomla 6.0 dan Joomla 5.4 Kini Dilancarkan!

14 October 2025
Jom! kita raikan! Hari ini merupakan satu detik penting bagi Pasukan Joomla! Project. Setelah dua tahun penuh dedikasi oleh pasukan sukarelawan melibatkan perbincangan, code sprint, dan pembetulan ralat, akhirnya hari yang dinanti tiba juga. Kami dengan bangganya mengumumkan pelancaran versi utama baharu iaitu Joomla 6.0 (Kuimarisha) dan Joomla 5.4 (Kutegemea).

Sama ada anda seorang individu, penulis blog, organisasi, agensi web, atau syarikat multinasional - Joomla tetap pilihan terbaik untuk anda! Ingin tahu bagaimana Joomla 6 boleh membantu anda? Layari 👉 joomla.org/6

Apa Yang Baharu Dalam Joomla 6.0?

Joomla 6 ialah versi utama terkini yang membawa pelbagai ciri baharu, peningkatan keselamatan, prestasi yang lebih pantas, serta penambahbaikan kod teras. Berikut antara kemas kini menarik yang diperkenalkan:

Kemas Kini Joomla Secara Automatik

Dalam Joomla 5.1, sistem kemas kini selamat berasaskan TUF telah diperkenalkan. Kini, dengan Joomla 5.4 dan 6.0, anda boleh menikmati kemas kini automatik teras Joomla! Laman web anda kini akan kekal terkini secara automatik dan selamat - tanpa perlu risau tentang proses manual lagi.

Cassiopeia Child Template Dengan Pilihan Penyesuaian Baharu

Joomla 6 hadir bersama Cassiopeia child template baharu yang menawarkan lebih banyak pilihan warna dan jenis tulisan, membolehkan anda menukar reka bentuk dengan mudah tanpa perlu mencipta fail CSS khas. Lebih fleksibel, lebih cepat, dan lebih mesra pengguna!

Advanced Versioning (Sejarah Versi Lebih Lengkap)

Sebelum ini, sistem versioning hanya menyimpan data dari jadual asas pangkalan data, bermakna custom fields tidak direkodkan. Kini tidak lagi!Dalam Joomla 6, versioning telah dipertingkat untuk turut menyimpan data dari custom fields, membolehkan anda mengembalikan semula kandungan dengan lebih tepat.

Custom Fields Baharu

Terdapat dua jenis medan baharu dalam Joomla 6:
  • "Notes" Field - Membolehkan anda menambah nota di antara custom fields atau di dalam artikel, sesuai untuk memberikan arahan tambahan kepada pengguna.
  • "Numbers" Field - Membolehkan paparan nombor dengan format mata wang pilihan, sesuai untuk laman e-dagang atau laporan data.

Backward Compatibility 6 Plugin

Dalam Joomla 5.4, terdapat pemalam baharu bernama "Behaviour - Backward Compatibility 6". Walaupun pada versi 5.4 ia tidak menjalankan sebarang fungsi, plugin ini memastikan peralihan ke Joomla 6 berjalan lancar. Ia menjamin laman dan sambungan pihak ketiga kekal berfungsi apabila anda menaik taraf nanti.

CSS Transitions Dalam Atum & Cassiopeia

Kedua-dua template utama Cassiopeia (frontend) dan Atum (backend) kini menggunakan CSS transitions, menjadikan navigasi antara halaman terasa lebih lancar, moden dan profesional. Ringkasnya, Joomla 6.0 bukan sekadar kemas kini - ia satu langkah besar ke depan. Lebih cepat, lebih pintar, dan lebih mesra pengguna.Sudah tiba masanya untuk anda alami sendiri kuasa Joomla 6.0 (Kuimarisha)!

Jangan Lupa Backup! Sebelum Menaiktaraf

Macam biasa, sebelum kemaskini atau menaiktaraf, pastikan backup jangan dilupakan.
Joomla 6.0 dan Joomla 5.4 Kini Dilancarkan!